Suntikan Vaksin | Golongan muda disaran bantu daftar warga emas

2022-03-23 0

Golongan muda perlu memainkan peranan bagi membantu kerajaan memastikan warga emas tidak tercicir untuk menerima suntikan vaksin COVID 19.
Ia kerana kebanyakan golongan itu tidak arif dalam penggunaan teknologi menerusi telefon pintar, sekali gus menyebabkan mereka tidak mendaftar di aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin itu.